Tuesday 21 April 2015

Benak.

Ada satu benda menarik yang jadi setiap hari kat tempat aku (Sri Aman) yang aku tiba-tiba rasa berminat nak kongsi.

(nak procastinate lettew~)

Benak adalah satu fenomena unik yang terjadi kat beberapa tempat saja kat dunia (cuma 6 batang sungai di Asia yang ada benak ni). Kalau di Malaysia fenomena ni cuma berlaku kat sungai Batang Lupar, Sarawak.

Benak.

 Apa Benak ni sebenarnya?

Lazimnya air pasang dari laut akan mengalir masuk ke sungai secara berperingkat. Dari hilir ke hulu, air akan naik secara perlahan-lahan. Di sungai Batang Lupar pula, air yang pasang dari laut akan melanggar pulau-pulau di muara sungai dan pecah. Ini akan membentuk satu ombak yang besar yang menghala ke arah sungai Batang Lupar.

Waktu pertama kali tengok memang tergamam. Puas.

Sebelum terjadinya benak ni akan ada bunyi air menderu yang agak kuat. Kemudian ombak besar yang membawa arus deras dan beralun akan dapat dilihat datang untuk 'melanggar' sungai.

Ombak ni boleh mencecah ketinggian 6 meter kalau di Sungai Batang Lupar. (tiga kali ganda tinggi aku. tinggi la kot.)

Air sungai yang asalnya surut akan naik dan pasang dalam tempoh beberapa minit sahaja.



Sampai sekarang setiap kali tengok benak rasa teruja tu tetap ada. Tengok air deras berkocak, sungai yang surut tiba-tiba pasang dan berarus ganas. Fuuh. Lawa.

Subhanallah!

Sumpah lawa. Tak tipu, berdebar setiap kali tengok.

..........................................................................................................................................................................................................................

Setiap orang lain penafsiran dia.

Menteri tengok benak, fikir nak buat Pesta Benak. Dapat tambah tarikan untuk kawasan dia, pelabur-pelabur baru masuk. Profit.

Saintis bila tengok benak, curiosity dia mula mencanak. Yalah boleh buat kajian baru, puaskan inquiry. Profit.
Kita tengok benak dapat apa?

Yang aku dapat setiap kali tengok benak?


"peluang untuk berubah itu setiap hari akan ada, lumrah alam.
sekali datang peluang dia akan datang dengan ganas dan deras."
(yalah benak ni setiap kali datang buaya akan lari dari arus dia yang deras.)


Kita takut bila 'benak' nak datang. Kita pun lari. 
Padahal, nak tak nak arus deras tu itu tetap akan melanggar. 
Lari la ke hulu hujung mana pun benak akan tetap kejar.
Mungkin makin tinggi, mungkin makin besar.


Jadinya, beringatlah.


Kita ni bila berhenti berubah bukan manusia dah.
Sebab sifatnya manusia setiap masa akan berubah.
Setiap saat, sama ada 'benak' ni buat kita hanyut atau rebah,
jangan sampai 'benak' ni buat kita terus kekal kebah.

Deras.
 
Setiap hari akan ada 'benak'.

Tak ada ruang nak berlama-lama selesa.

Pasang surut kan lumrah alam?

p/s : benak exam. kahkahkah.

No comments:

Post a Comment